Rasuah: Inspektor Dipenjara 24 Bulan, Denda RM20,000

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor menjalani hukuman penjara selama 24 bulan dan denda RM20,000 selepas didapati bersalah atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,500, dua tahun lalu.

Hakim Rosbiahanin Ariffin yang membuat keputusan itu terhadap Masrizan Bujang, 28, memerintahkan agar hukuman penjara bermula Rabu, dan ditambah selama enam bulan jika dia gagal menjelaskan denda tersebut.

Pada penghakimannnya, Rosbiahanin berkata, pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas tuduhan yang sedang dihadapinya.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan 15 saksi pendakwaan.

Pada prosiding itu, beliau juga menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara atas alasan tiada sebarang sebab istimewa yang membolehkan mahkamah mempertimbangkan permohonan tersebut.

Masrizan yang pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, didakwa telah memperoleh wang tunai RM1,000 secara rasuah daripada seorang juruteknik, Haibedul Malek Abdullah pada pukul 3.30 petang, 2 September 2009.

Dia yang telah digantung kerja juga menghadapi tuduhan kedua iaitu bersetuju untuk menerima RM1,500 daripada Heibedul pada pukul 2.15 petang, 29 Oktober 2009.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di di Tingkat 7, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Jalan Stadium, di sini dan didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh menyelesaikan kes Haibedul atas kesalahan mencuri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Wan Ahmad Wan Omar.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan