Lelaki Dituduh Bunuh Pemberi Maklumat Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Isnin memerintahkan seorang pekerja sendiri, K. Marimuthu, 37, membela diri terhadap tuduhan membunuh seorang pemberi maklumat polis tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zakiah Kassim mengeluarkan perintah itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atau tiada keraguan munasabah terhadap tertuduh semasa pendakwaan dijalankan.

Ketika membacakan keputusannya, Zakiah berkata mahkamah tidak sangsi mengenai keterangan lapan orang saksi dalam kes itu dan jelas Marimuthu berniat membunuh Md Rashid Mahmud, 48, walaupun pistol yang digunakan untuk menembak mangsa tidak dikemukakan sebagai bahan bukti.

Marimuthu dituduh membunuh dengan menembak Md Rashid di Jalan Batu Kelikir-Ladang Kelapa Sawit OSK Properties Sdn Bhd berhampiran pasar raya Econsave Jalan Kuala ketil, Sungai Petani, pada 5 petang 28 Ogos 2008.

Zakiah menetapkan 20 November ini untuk mendengar perbicaraan pembelaan diri Marimutuhu, yang diwakili peguambela, Burhanudeen Abdul Wahid, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan