Penarik Kereta Dihukum Gantung Edar Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penarik kereta dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar 1.614 kilogram ganja berhampiran kompleks beli-belah di Bandar Utama, Damansara Utama, tiga tahun lepas. Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Andi Idham Mohamed, 32, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mengikut pertuduhan, Andi Idham didakwa mengedar dadah berbahaya itu di dalam kereta Honda Civic bernombor BEH 6063 di tepi jalan besar Lebuh Bandar Utama, Damansara Utama, Petaling Jaya, kira-kira pukul 10.30 malam, pada 10 Mac 2008. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akat sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, polis menerima maklumat bahawa seorang ahli sindiket pengedaran dadah yang memandu kereta dengan nombor BEH6063 akan mengedar dadah di kompleks beli belah One Utama. Dalam serbuan di tempat kejadian, tertuduh ditahan bersama-sama dengan satu beg Metrojaya Sale mengandungi dua ketulan mampat ganja yang dibalut plastik lutsinar.

Sepanjang perbicaraan, seramai enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan. Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Nazri Yahya dan Farah Atikah Hasnan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan