Juruteknik Dipenjara Sehari, Denda RM10,000 Rasuah Polis RM50

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Gara-gara memberi rasuah RM50 kepada seorang anggota polis, seorang juruteknik terpaksa membayar dengan harga yang mahal apabila dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, Rabu. Tan Yew Choon, 28, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu, juga berdepan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa memberi suapan kepada Sarjan Ahmad Khairi Haji Ley, penolong pegawai penguatkuasaan trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman terhadapnya yang membawa barangan dagangan dengan menggunakan kenderaan persendirian.

Tan didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran Penjara Kajang, Jalan Sarjana Impian-Kajang Perdana, Kajang dekat sini, kira-kira 11.15 pagi pada 20 September lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum menurut Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan di satu sekatan jalan raya dan ketika Ahmad Khairi melakukan pemeriksaan, beliau mendapati terdapat barangan dagangan di dalam kenderaan Perodua Rusa milik Tan.

Tertuduh kemudian menghulurkan RM50 ketika Ahmad Khairi ingin mengeluarkan saman dan walaupun diberi amaran supaya tidak berbuat demikian Tan tetap berdegil menyebabkan dia ditahan dan dibawa ke balai polis.

Ketika menjatuhi hukuman, Asmadi berkata hukuman ke atas Tan itu adalah yang paling rendah boleh beliau berikan.

"Awak dah berada berhampiran penjara pun tidak insaf. Kita ni bila tengok penjara insaflah, jangan cuba nak masuk ke dalam itu," katanya.

Tan yang tidak diwakili peguam kemudian memohon agar mahkamah membenarkannya membayar denda sebanyak dua kali.

Mendengarkan rayuan tertuduh Asmadi berkata: "Mahu tawar lagi ke? Kalau orang dah beri jangan tawar-tawar lagi ambil sahaja, nanti dapat lagi teruk. Saya tidak benarkan, tidak apa kalau masuk penjara nanti duit RM10,000 akan ditolak," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari SPRM Mahamad Sukri Abu Seman. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan