Suhakam Mulakan Inkuiri Awam Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai Lepas

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memulakan inkuiri awam pada Selasa berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan semasa perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lepas.

Inkuiri itu, yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, dengan dibantu oleh Pesuruhjayanya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi A.Majid dan Detta Samen, telah menemubual tiga saksi, termasuk seorang wartawan sebuah portal.

Ia dijalankan di pejabat Suhakam di sini yang turut dihadiri enam pemerhati terdiri daripada empat peguam Majlis Peguam dan dua pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pegawai Suhakam, Ammer Izyanif Hamzah berkata siasatan awam diadakan berikutan Suhakam menerima aduan dan memorandum daripada orang awam dalam bentuk kenyataan, dokumen dan rakaman video berhubung dakwaan berlaku perlanggaran hak asasi manusia sebelum dan semasa perhimpunan itu.

Ameer berkata hasil inkuiri nanti, Suhakam akan membuat syor mengenai langkah-langkah yang perlu diambil agar pelanggaran hak asasi seumpama ini tidak berlaku lagi. Beliau berkata setakat ini Suhakam tidak dapat memastikan jumlah saksi yang akan dipanggil untuk inkuiri tersebut dan juga tempoh untuk diadakan.

Saksi pertama yang ditemubual Suhakam ialah Kenneth Steven Chan Wen Chin, 39, dan wartawan portal MSN.com.my Reta Lee Choi Wei,30, yang membuat liputan perhimpunan itu.

Selain wakil Badan Peguam Malaysia yang memantau perhimpunan itu iaitu peguam Noor Syazwani Muharam, 25.

Inkuiri awam yang bermula pada pukul 9.30 pagi tadi berakhir pada 1.30 tengah hari dan dijangka disambung 15 November. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan