Mahkamah Batal Rayuan MP Sg Siput

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj tidak boleh mencabar keputusan agensi-agensi kerajaan yang menolak permohonannya bagi dana daripada Peruntukan Khas Kawasan untuk pelbagai projek di kawasannnya.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan isu yang dibangkitkan Dr Jeyakumar dalam permohonannya bagi kebenaran semakan kehakiman termasuk pengagihan peruntukan tidak telus dan tidak konsisten, adalah tidak kukuh daripada segi undang-undang dan tidak boleh dilakukan semakan kehakiman.

Beliau berkata ini kerana isu yang dibangkitkan melibatkan pertimbangan dasar dan kuasa mutlak pengurusan di mana mahkamah tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara membabitkan keputusan yang dibuat berdasarkan penilaian oleh ketua pengarah (DG) Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan/atau pengarah Pejabat Kemajuan Perak.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Anantham Kasinather, sebulat suara membenarkan rayuan ketua pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, pengarah Pejabat Kemajuan Perak dan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan kebenaran kepada Dr Jeyakumar untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan agensi kerajaan berkenaan.

Penghakiman Low setebal 21 muka surat dibacakan di mahkamah oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Kanageswari Nalliah. Low berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali (kini hakim Mahkamah Rayuan) telah terkhilaf apabila memberikan kebenaran semakan kehakiman kepada Dr Jeyakumar pada 25 Feruari lepas.

Beliau berkata pengeluaran peruntukan dipertanggungjawabkan kepada DG dan/atau pengarah yang akan menggunakan budi bicaranya dalam menimbangkan setiap permohonan dengan membuat penilaian terperinci dan menyeluruh mengikut garis panduan.

Katanya tiada ketetapan dalam undang-undang yang mensyaratkan DG dan/atau pengarah mesti meluluskan semua permohonan bagi peruntukan dan menurutnya Dr Jeyakumar gagal membuktikan daripada segi undang-undang atau statutori bahawa tugas DG dan/atau pengarah ialah meluluskan permohonannya bagi peruntukan.

"Permohonan itu hanya boleh diputuskan oleh DG dan/atau pengarah selaras dengan dasar pertimbangan dan kuasa mutlak pengurusan.

"Fakta menunjukkan perayu (DG dan/atau pengarah) telah meluluskan permohonan peruntukan berjumlah RM1.72 juta kepada Dr Jeyakumar manakala permohonan lain sedang dipertimbangkan," katanya.

Low berkata tidak seperti Badan Eksekutif, badan kehakiman tidak dilengkapi dengan semua maklumat relevan berhubung perkara seumpama itu.

"Pengarah telah memberikan cadangan praktikal kepada Dr Jeyakumar untuk menyalurkan permohonan relevan kepada agensi kerajaan yang relevan," katanya.

Dr Jeyakumar memfailkan tindakan undang-undang selepas permohonannya kepada pengarah pejabat kemajuan bagi dana untuk digunakan sebagai sumbangan kepada SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, serta dana bagi projek kecil untuk faedah kampung-kampung Orang Asli, ditolak oleh pengarah menerusi sepucuk surat pada 12 Oktober tahun lepas.

Beliau memohon, antara lain, satu pengisytiharan bahawa peruntukan khas kawasan mesti diagihkan secara samarata kepada semua anggota Parlimen tanpa mengira fahaman politik sepertimana ketetapan dalam Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pemimpin Parti Sosialis Malaysia itu turut memohon perintah mandamus untuk mengarahkan para perayu menjelaskan mengenai autoriti mereka dalam pengeluaran dana daripada Peruntukan Khas Kawasan atas budi bicara mereka dan menyatakan secara spesifik prosedur bagi peruntukan pembiayaan sejak 2008.

Tiga Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, S. Narkunavathy dan Shamsul Bolhassan mewakili para perayu manakala peguam Datuk S.Ambiga mewakili Dr Jeyakumar. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan