Suri Rumah Terlepas RM1.4 Juta Selepas Mahkamah Terima Rayuan Bekas KPN

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang suri rumah kehilangan pemberian ganti rugi RM1.4 juta selepas Mahkamah Rayuan di sini, pada Jumaat membatalkan saman yang difailkannya terhadap bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Norian Mai dan kerajaan atas kematian suaminya dalam lokap polis, pada 1999.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin secara sebulat suara membenarkan rayuan Norian dan kerajaan Malaysia untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bertanggungjawab atas kematian Mohd Anuar Sharip dan pemberian ganti rugi RM1.4 juta kepada balunya, Suzana Md Aris.

Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Datuk Mohd Hishammuddin Mohd Yunus dan Datuk Aziah Ali.

Abu Samah menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Okt 2009 yang mendapati Norian dan kerajaan telah cuai setelah gagal mengambil langkah munasabah semasa Mohd Anuar, 31, berada dalam tahanan reman di lokap Balai Polis Rawang kerana disyaki penagih dadah.

Sebaliknya, hakim berkata Suzana gagal membuktikan kecuaian polis sambil menjelaskan polis sebenarnya telah menghantar Mohd Anuar sebanyak dua kali untuk mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Rawang selepas dia muntah darah pada kali pertama dan mengadu sakit perut pada kali kedua.

Mengenai keputusan Mahakamah Tinggi bahawa sekadar tidak memadai untuk membawa Mohd Anuar berjumpa dengan seorang pembantu perubatan untuk rawatan, Abu Samah berkata bukan untuk polis memutuskan bentuk rawatan yang sesuai kerana mereka tidak mempunyai kepakaran seorang pengamal perubatan.

Katanya tindakan Suzana dalam tuntutan samannya tidak berdasarkan kecuaian tetapi memukul dan menyerang, sambil menyatakan tiada bukti bahawa suaminya dipukul oleh polis.

Panel itu juga membenarkan rayuan Norian dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mereka membayar ganti rugi tersebut serta menolak rayuan Suzana, 44, berhubung kuantum ganti rugi berjumlah RM1.4 juta.

Mahkamah Tinggi sebelum ini juga membenarkan rayuan balas oleh Suzana terhadap taksiran ganti rugi RM137,220 yang diperoleh suri rumah itu sebelum ini.

Abu Samah berkata Allahyarham menghidap radang paru-paru yang teruk sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sebelum dia ditahan dan keterangan Suzana bahawa kesihatan suaminya baik sebelum dia ditahan adalah bercanggah.

Allahyarham, seorang peniaga pasar borong, meninggal dunia di dalam lokap pada 19 Ogos 1999 dan laporan bedah siasat mendapati dia meninggal dunia akibat radang paru-paru.

Suzana memfailkan saman pada 2000 terhadap DSP Ishak Hussin ketika itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Gombak, Ketua Polis Daerah, ACP Massari Hashim, KPN ketika itu, Norian dan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membatalkan saman terhadap dua pegawai polis berkenaan (Ishak dan Massari) dan memerintahkan hanya Norian, selaku KPN dan kerajaan sebagai majikannya bertanggungjawab membayar ganti rugi tersebut.

Di perkarangan mahkamah, peguam Suzana, P. Uthayakumar, berkata beliau akan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan