Rasuah: Gejala Yang Sukar Dibendung

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIDAK tahu atau enggan mengambil iktibar - itu adalah faktor yang difikirkan penulis sebagai lojik mengapa masih ada yang terlibat dalam gejala rasuah sedangkan ia sudah jelas lagi bersuluh adalah satu kesalahan di negara ini.

Misalnya, pada Rabu lalu, seorang lelaki warga Indonesia, David Masri, 27, yang memberi rasuah kepada seorang anggota polis dihukum penjara selama 14 hari dan denda RM10,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Cerita dalam kes David mudah, dia memandu tanpa lesen pada 20 September lalu dan secara kebetulan terdapat pemeriksaan polis di Jalan Saujana Impian - Kajang Perdana yang sedang dilalui.

Maka, sebagai 'jalan penyelesaian' singkat, David yang bekerja sendiri telah mengambil keputusan untuk menghulurkan wang tunai RM150 kepada Koperal Firdaus Brohan sebagai 'usaha' mengelak daripada dikenakan denda.

Daripada satu kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai kecil, David telah terbabit dengan kesalahan yang lebih besar yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat daripada kesalahan asal.

Itu bukanlah satu perkara yang baru, kerana saban hari ada sahaja kesalahan rasuah yang dibawa ke muka pengadilan dan perkara ini dipersetujui oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Asmadi Husin semasa menjatuhkan hukuman terhadap David.

Asmadi juga menyuarakan kehairanannya mengapa tiada yang mengambil pengajaran daripada pesalah-pesalah yang dihukum, sedangkan prinsip hukuman itu sendiri bertujuan untuk memberi pengajaran kepada si pesalah dan juga masyarakat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Lebih menyedihkan, gejala rasuah yang semakin berleluasa ini melibatkan jumlah yang boleh dikategorikan sebagai kecil - iaitu beratus ringgit - yang dihulurkan kepada anggota-anggota penguatkuasaan.

Sedangkan, hukuman yang dikenakan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 jelas menyatakan bahawa tertuduh yang disabitkan bersalah boleh dihukum penjara tidak melebihhi 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Itu bermakna hukuman denda minimum yang boleh dijatuhkan oleh seseorang hakim adalah RM10,000 - satu jumlah yang amat besar jika hendak dibandingkan dengan pendapatan yang diterima oleh golongan rendah mahupun sederhana.

Sayangnya jika duit sebanyak itu 'dibuang' begitu sahaja, sedangkan ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain, seperti membayar bayaran muka rumah, membayar hutang pinjaman pelajaran, melancong atau menghantar orang tua menunaikan haji.

Mungkin ada yang beranggapan tidak mengapa jika dihulurkan sedikit kertas berwarna merah atau hijau yang tertera Bank Negara Malaysia atas alasan ia dapat menggembirakan kedua-dua pihak - si pemberi tidak menerima saman manakala si penerima mendapat duit kopi.

Bagaimanapun, apabila penulis berfikir semula, tiada apa yang baru dengan gejala rasuah kerana ia sebenarnya tanpa sedar, telah diserapkan di dalam diri sejak kecil lagi dan mungkin inilah punca mengapa ia begitu sukar untuk dibendung kerana telah sebati dengan diri.

Contohnya, memberi suapan dalam bentuk barang-barang kepada ahli keluarga sendiri sebagai balasan untuk menutup mulut berhubung sesuatu perkara seperti membeli ais krim untuk adik yang kecil agar emak tidak tahu si kakak telah ponteng kelas mengaji - bukankah itu satu bentuk rasuah?

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita sama-sama memulakan kempen anti rasuah di rumah dan menerima kenyataan bahawa setiap perbuatan ada implikasinya kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan