Mahkamah Khas Rasuah Selesaikan 145 Kes Sejak Diwujudkan

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Dalam tempoh kurang satu tahun, Mahkamah Khas Rasuah yang baru diwujudkan pada Februari lepas berjaya menyelesaikan sebanyak 145 kes melibatkan rasuah.

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Hamzah berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 432 kes rasuah termasuk kes tertunggak yang telah diselesaikan.

"Sehingga 31 Dis tahun lepas terdapat 412 kes tertunggak dan kes yang paling lama adalah dari tahun 2001.

"Sejak Mahkamah Khas Rasuah ditubuhkan, sehingga 30 Ogos tahun ini, terdapat hanya 258 kes yang belum selesai dan kes yang paling lama adalah dari tahun 2006," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Hakim-hakim Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, Sabtu.

Beliau berkata sebanyak 14 Mahkamah Khas Rasuah telah diwujudkan pada Februari tahun ini bertujuan mempercepatkan penyelesaian kes-kes berkaitan rasuah.

"Kita lihat penubuhan mahkamah berkenaan telah berjaya mempercepatkan penyelesaian kes rasuah dan ia memberi fokus kepada kes-kes lama yang masih belum diselesaikan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin berkata salah satu inisiatif di bawah NKRA Rasuah ialah menjalankan perbicaraan dalam tempoh satu tahun.

"Apabila inisiatif itu dikenal pasti, langkah pertama yang dilakukan ialah mewujudkan Mahkamah Khas Rasuah supaya mahkamah ini dapat mengurangkan kes-kes tertunggak," katanya.

Mengenai kursus dua hari yang bermula hari ini, beliau berkata ia diadakan bertujuan mengenal pasti isu-isu dalam pengendalian kes rasuah sama ada di pihak mahkamah, pendakwaan atau pembelaan.

Kursus itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada hakim dalam pengendalian kes berprofil tinggi dan kepentingan menyelesaikan kes berkaitan dalam tempoh satu tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan