Skandal PKFZ: Dr Ling Minta KDSB Bangunkan Projek Di Pulau Indah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai kanan Kementerian Kewangan pada Jumaat menegaskan bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik telah membuat permintaan supaya syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) membangunkan tanah di Pulau Indah.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan kementerian terbabit, Datuk Abdul Rahim Mokti berkata Dr Ling meminta pertimbangan Kementerian Kewangan supaya KDSB membangunkannya menerusi pemberian tender, dalam satu mesyuarat pada Januari 2002.

Abdul Rahim berkata walaupun tidak membuat sebarang catatan pada minit mesyuarat, beliau tetap yakin bahawa Dr Ling ada menyatakannya.

Beliau yang merupakan saksi ke-13 pendakwaan berkata demikian di dalam pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Ling dan turut menegaskan sekali lagi bahawa maklumat di dalam lampiran yang dihantar kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Dr Ling, meletakkan kadar faedah berganda.

Selain itu, Abdul Rahim turut menegaskan bahawa nilaian tanah di Pulau Indah adalah sebanyak RM25 sekaki persegi (skp) termasuk faedah dan ia dicatatkan pada dokumen untuk rujukan Jemaah Menteri.

Beliau telah menyediakan dua ringkasan nota pada Ogos 2002 dan yakin tiada sebarang percanggahan.

Ditanya adakah projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM2.24 bilion berdaya maju, Abdul Rahim berkata "Tidak."

Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000, sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 satu kaki persegi, telah mengambil kira kadar kupon dan faedah.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling, 68, didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 Sept dan 6 November 2002.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung Isnin. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan