Najib & Rosmah Berjaya Ketepi Sapina Jadi Saksi Kes Liwat Anwar

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berjaya dalam permohonan untuk mengenepikan sapina yang menghendaki mereka memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu pada Khamis, selepas berpuas hati Anwar gagal membuktikan bahawa keterangan yang akan diberikan oleh Najib dan Rosmah adalah relevan dengan perbicaraan kes itu.

Pada penghakimannya, Mohamad Zabidin berkata, beliau telah mengambil kira semua afidavit, hujahan dan nas undang-undang yang difailkan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam membuat keputusan itu.

Pada 21 September lalu, Najib dan Rosmah memfailkan permohonan untuk mengenepikan sapina tersebut menerusi peguam-peguam Datuk Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Salehuddin Saidin dan M. Athimulan.

Selain Anwar, Najib dan Rosmah turut menamakan pihak pendakwaan yang mengendalikan perbicaraan kes liwat itu sebagai responden kedua, dan pada Isnin lalu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan memberitahu, pihaknya menyokong permohonan tersebut.

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada Jumaat.

Perbicaraan bersambung dengan keterangan pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland.

Prosiding Khamis, juga menyaksikan pakar ortopedik, Dr Thomas Hoogland, 66, yang pernah mengetuai pasukan pembedahan bagi membetulkan tulang belakang Anwar di Klinik Alpha, Munich, Jerman dipanggil sebagai saksi pembelaan ketujuh.

Hoogland pada keterangannya memberitahu, walapun telah menjalani pembedahan pada 6 September 2004, Anwar masih tidak sembuh sepenuhnya dan ia mengakibatkan pergerakan beliau agak terbatas.

"Ia seperti keadaan di mana kita membaiki barang yang pecah, ia boleh dicantum semula, tetapi ia tetap masih pecah," kata saksi yang juga pernah merawat Sultan Kedah.

Tambahnya, Anwar tidak mengalami kesukaran untuk melakukan beberapa aktiviti seperti berjalan, tetapi akan berasa sakit jika berada dalam posisi membongkokkan badan atau melutut.

"Anwar boleh melutut atau sujud semasa menunaikan solat, tetapi saya menasihatkan beliau untuk melakukannya dengan perlahan-lahan kerana ia boleh mengakibatkan rasa sakit," kata Hoogland semasa disoal oleh peguam S. N Nair.

S. N Nair: Bila kali pertama kamu berjumpa dengan Anwar?

Hoogland: Saya bertemu Anwar pada 5 September 2004, tidak lama selepas beliau dibebaskan daripada penjara dan keadaannya semasa itu adalah teruk. Saya terus membuat pemeriksaan dengan serta-merta.

Merujuk kepada laporan perubatan yang disediakannya pada 6 September 2004, saksi berkata, Anwar semasa itu memerlukan kerusi roda dan hanya boleh berjalan dengan bantuan serta menggunakan pendakap disebabkan oleh kecederaan lama di bahagian leher.

Hoogland menambah, Anwar juga mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan anjakan cakera tulang belakang disebabkan serangan pihak polis yang berlaku enam tahun sebelumnya.

Katanya, Anwar dibenarkan keluar daripada klinik tersebut pada 27 September 2004 dan pada lawatan susulan pada 7 Februari 2005, Anwar masih lagi mengalami rasa sakit, meskipun ia tidak seteruk dahulu.

Tidak datang dengan tangan kosong, Hoogland yang dilahirkan di Belanda turut membawa bersamanya contoh tulang yang lazimnya digunakan di dalam kelas biologi, selain beberapa cakera padat yang mengandungi imej x-ray dan ujian saringan resonan magnetik (MRI) yang dilakukan terhadap Anwar.

Prosiding juga banyak menggunakan istilah-istilah perubatan, menyebabkan beberapa individu yang mengikuti prosiding dilihat berada dalam keadaan bosan kerana tidak memahami apa yang sedang diperkatakan oleh saksi.

Prosiding sebelah petang juga dikendalikan secara tertutup selama 20 minit selepas Mohamad Zabidin membenarkan permohonan S, N Nair yang mahu menyoal saksi berhubung keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan tentang kejadian liwat tersebut.

Anwar, 64, sedang membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, yang merupakan bekas pembantu peribadinya pada antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dekat sini.

Perbicaraan bersambung pada Jumaat.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan