Mahkamah Putus Rayuan Bekas KPN Norian Mai Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan memutuskan esok permohonan rayuan bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Norian Mai dan kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi memberi ganti rugi RM1.4 juta kepada seorang suri rumah selepas mendapati mereka cuai atas kematian suami wanita itu semasa dalam tahanan reman.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Abu Samah Nordin, Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Aziah Ali berkata mereka memerlukan masa untuk menimbang penghujahan yang dikemukakan oleh Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh serta peguam P.Uthayakumar yang mewakili Suzana Md Aris.

Pada 30 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan ganti rugi RM1.4 juga kepada Suzana, 44, selepas membenarkan rayuan balasnya terhadap taksiran ganti rugi RM137,220 yang diperoleh suri rumah itu sebelum ini.

Pada 20 Oktober, 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa polis telah melakukan kecuaian setelah gagal mengambil langkah yang munasabah semasa Mohd Anuar Sarip, 31, berada dalam tahanan reman di lokap Balai Polis Rawang kerana disyaki penagih dadah.

Mangsa, seorang peniaga pasar borong, meninggal dunia di dalam lokap pada 19 Ogos 1999 kerana menghidap radang paru-paru.

Suzana memfailkan saman pada 2000 terhadap DSP Ishak Hussin ketika itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Gombak, Ketua Polis Daerah, ACP Massari Hashim, Ketua Polis Negara ketika itu, Norian dan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membatalkan saman teerhadap dua pegawai polis berkenaan (Ishak dan Massari) dan memerintahkan hanya Norian, selaku KPN dan kerajaan sebagai majikannya bertanggungjawab membayar ganti rugi tersebut.

Dalam penyataan tuntutan, Suzana mendakwa suaminya, yang ditahan di rumahnya pada 10 Ogos 1999, telah mengadu kepada salah seorang anggota polis bahawa beliau mengalami sakit perut ketika dalam tahanan.

Dia kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk mendapat rawatan.

Terdahulu, Amarjeet mengemukakan bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam penghakiman terhadap Norian semata-mata atas dasar beliau sebagai KPN.

KPN tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kecuaian orang lain dalam pasukan kerana beliau bukan majikan kepada pegawai berkenaan, katanya. Bagaimanapun, Uthayakumar berkata sebagai tahanan polis, soal kebajikan Allahyarham terletak di tangan pihak polis dan dia tidak bebas untuk mendapatkan rawatan.

Katanya polis mempunyai kewajipan berjaga-jaga bagi memastikan penjagaan kesihatan diberikan kepada Allahyarham tetapi keterangan menunjukkan pihak perayu mengabaikan tugas itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan