Inspektor & Konstabel Polis Dituduh Terima Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang inspektor dan seorang konstabel polis sokongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis terhadap tuduhan bersetuju menerima suapan RM4,000 sebagai dorongan untuk melepaskan dua wanita warga Thailand pada Disember tahun lepas.

Inspektor Mohd Azrul Azza Mat Jubin, 26, dan konstabel sokongan Mohd Fitri Hayat Ahmad, 23, minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim M.Bakri Abdul Majid.

Mereka didakwa menyetuju terima suapan wang tunai RM4,000 daripada peniaga Chin Chen Seng sebagai dorongan untuk melepaskan dua wanita warga negara Thailand yang ditangkap polis pada 18 Disember 2010.

Mohd Azrul Azza dan Mohd Fitri Hayat didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Balai Polis Seri Kembangan dekat sini, pada 24 Disember tahun lepas.

Hakim M.Bakri membenarkan Mohd Azrul Azza dan Mohd Fitri Hayat dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mahamad Sukri Seman manakala Mohd Azrul Azza diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff, dan Mohd Fitri Hayat diwakili peguam G.Subramaniam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan