Permohonan Tiga Remaja Cabar Penahanaan Ordinan Darurat Disebut Disember

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, menetapkan 5 Disember depan sebagai sebutan semula permohonan yang difailkan oleh tiga remaja untuk mencabar penahanan mereka yang dibuat mengikut Ordinan Darurat.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Husin menetapkan tarikh itu selepas peguam Edmund Bon yang mewakili pemohon, Muhamad Arif Abu Samah, 19, Mohamed Ramadan Mohamed Ali, 22, dan Mohamad Rafe Mohamed Ali, 20, berkata, pihaknya telah mengemukakan representasi agar penahanan itu dipertimbangkan semula.

"Representasi dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri pada 30 September lalu, iaitu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 16 September lalu mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Ordinan Darurat," tambah Edmund.

Muhamad Arif, Mohamed Ramadan dan Muhamad Rafe memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar penahanan tersebut pada Jun lalu.

Selaku pemohon, mereka menamakan Ketua Polis Negara, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia selaku responden yang diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail.

Mereka ditahan mengikut Ordinan Darurat untuk tempoh selama dua tahun atas dakwaan mencuri lima buah motosikal yang menurut pemohon, bukanlah satu ancaman kepada keselamatan negara.

Pemohon yang ditahan di bawah ordinan itu pada 16 Mei lalu memohon untuk mendapatkan deklarasi untuk dibebaskan atas alasan penahanan tersebut dibuat secara tidak sah.

Pemohon juga mendakwa, kegagalan Perdana Menteri untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya memansuhkan Ordinan Darurat sebagai suatu penyalahgunaan kuasa.

Berdasarkan afidavit pemohon, mereka mendakwa telah ditahan di balai polis pada 8 Mac lalu untuk tempoh selama seminggu tanpa dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Mereka juga mendakwa, ahli keluarga mereka tidak dimaklumkan mengenai penahanan tersebut dan menambah, telah ditendang dan dipukul dengan menggunakan batang besi dan kabel oleh pihak polis.

Semua pemohon juga mendakwa telah diugut agar tidak melantik peguam dan hanya dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam dalam tempoh masa yang singkat dengan kehadiran pihak berkuasa.

Pemohon selanjutnya mendakwa, dipaksa untuk menandatangani dokumen tanpa diberi sebarang penerangan dan juga tidak dibenarkan untuk membaca isi kandungan dokumen tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan