Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas dua tuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM15,500 terhadap rakannya, bulan lalu.

Pengakuan Mohammad Azrin Jizam, 25, direkodkan di hadapan Majistret Mohd Azali Ibrahim selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Dia yang berasal dari Petaling Jaya, dekat sini didakwa melakukan pecah amanah RM14,800, yang merupakan wang yang diamanahkan oleh Mohamad Faisal Dhoulat Khan, 24, untuk ditukarkan kepada mata wang Renminbi.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 11.20 pagi, 25 September lalu di perkarangan bangunan Kondominium Luxury Sutera Mas, Jalan Duta Mas, Segambut, di sini.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan sama melibatkan jumlah RM700 pada pukul 11.45 malam, hari yang sama di Maybank, Batu Cantoment 3, Jalan Ipoh, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh merayu agar jaminan RM40,000 yang ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chew Xi Zian dapat dikurangkan memandangkan ayah tertuduh adalah seorang pesara kerajaan.

Mohd Azali menetapkan jaminan tertuduh pada jumlah RM15,000 untuk kedua-dua tuduhan dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 9 November depan untuk lantikan peguam.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan