Pakai Baju Bersih: 10 Ahli MPKJ Dilepas Tanpa Dibebaskan

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sepuluh Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kajang di sini, Rabu terhadap pertuduhan mempamerkan kenyataan bergambar dan tulisan melalui baju yang mereka pakai bagi kepentingan sebuah pertubuhan haram, Bersih 2.0.

Mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu pada 7 Julai dan hari ini dijadual untuk perbicaraan.

Ketika dihubungi, peguam kumpulan berkenaan Lim Lip Eng berkata Majistret A. Akhiruddin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azahari Harun memberitahu mahkamah beliau telah menerima arahan untuk memohon supaya tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan.

Lim berkata beliau membantah kerana beliau mahukan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan. Ahli majlis terbabit ialah Razali Hassan, 59, Zulfikar Ali Ariffin, 40, Mohd Mohyiddin Mohamed Mesrah, 40, Lee Learn Eng, 42, Ong Seng Peng, 33, Lee Kee Hiong, 45, Ng Tien Chee, 33, Chandra Mohan a/l S. Thambirajah, 58, Tan Book Wah, 41, dan Chan Yeong Hon, 54.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Menara MPKJ, Jalan Cempaka Putih, off Jalan Semenyih, Kajang, Selangor pada 29 Jun tahun ini.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM2,000 dan dipenjara tidak lebih daripada dua tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan