Malaysiakini Cabar Keputusan Permohonan Terbit Surat Khabar

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengendali laman berita Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd telah menfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri yang tidak mempertimbangkan permohonan bagi menerbitkan surat khabar.

Mkini Dotcom menfailkan permohonan itu pada 28 Sept tahun lepas di Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas. Media memperolehi salinan permohonan itu pada Rabu.

Syarikat itu dalam permohonannya menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Semasa kes disebut pada Rabu, Hakim Mahkamah Tinggi Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan 21 Oktober bagi pengurusan kes.

Mkini Dotcom berkata pihaknya melalui pengarahnya J.Premesh telah memohon untuk satu permit penerbitan di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta 301 bagi penerbitan suratkhabar harian baru bertajuk 'Malaysiakini'.

Syarikat itu berkata suratkhabar itu yang akan diedarkan di Lembah Klang dengan penerbitan harian sebanyak 40,000 naskah, dengan harga RM1 senaskah hanya melaporkan berita mengenai isu semasa, termasuk isu-isu politik, secara bebas dan tidak berpihak.

Peguam yang mewakili Mkini Dotcom K.Shanmuga memberitahu media bahawa mahkamah juga menetapkan tarikh sama bagi syarikat itu membalas afidavit responden-responden. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan