Eksekutif Syarikat Didenda RM5,000 Sogok Polis Trafik RM50

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Gara-gara memberi rasuah RM50 kepada seorang anggota polis, seorang eksekutif logistik sebuah syarikat pembuatan dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhi hukuman itu selepas R.Segarananthan, 27, mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda. Segarananthan didakwa memberi rasuah kepada Sarjan Mohd Amir Mohd Yassin yang bertugas di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman kepadanya kerana memandu keretanya tanpa mempunyai cukai jalan yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Batu Ujur, Klang dekat sini, pada 10 malam 23 Julai lepas.

Segarananthan sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Peguam Silas Seenivasagam, yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah insaf atas perbuatannya dan telah memperbaharui cukai jalannya.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana walaupun nilai yang terlibat kecil tetapi tindakan tertuduh memberi rasuah kepada seorang penjawat awam adalah satu kesalahan.

Hakim Asmadi kemudian berkata tertuduh bernasib baik kerana ditawarkan dengan pertuduhan pilihan.

"Kalau pertuduhan asal (mengikut Akta SPRM) saya tidak akan teragak-agak hantar awak ke penjara.

"Cukai jalan kamu tamat tempoh 24 Jun dan adalah sangat bahaya memandu tanpa cukai jalan. Kalau langgar orang mati satu hal, kalau patah riuk atau lumpuh, macam mana?" kata Hakim Asmadi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan