Rompak Kapal: Warga Indonesia Dipenjara 10 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat.

Uji, 33, Rudiarto, 39; Andagunawan, 27, Edi, 45, Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25, semuanya berasal dari Dumai, Indonesia, mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada 12.49 pagi hari berkkenaan.

Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur 103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan dan senarai barang kes.

"Kesalahan yang dilakukan ini adalah berat, oleh itu setiap kamu dijatuhi hukuman 10 tahun berkuatkuasa dari tarikh tangkapan dan empat kali sebatan," katanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mirza Muhamad, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan