Dua Penganggur Terlepas Tuduhan Merompak

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua penggangur dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, terhadap tuduhan merompak dua pekerja stesen minyak warga Nepal dan merampas peti duit berisi wang tunai RM2,200, tiga tahun lepas.

Hakim Zulhazmi Abdullah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Jalaluddin Abdul Karim, 26, dan Chong Vuu Han, 29.

Jalaluddin dan Chong bersama dua lagi yang masih bebas, didakwa dengan niat dan tujuan bersama merompak Lokendra dan Mahesh dengan merampas wang tunai tersebut ketika sedang bekerja di Petronas NGV, Jalan Jambu Jerteh, Jinjang Selatan, Sentul di sini, pada 12 Jun 2008 kira-kira pukul 5.30 pagi. Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan dijalankan oleh Nurmadiana Mamat, manakala Jalaluddin diwakili peguam bela Richard Khoo sementara Chong diwakili peguam bela Harjeet Singh Sidhu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan