Bekas Ketua PKPM, Tiga Pengarah Syarikat Didenda RM6,000

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) Nor Azami Ahmad Ghazali dan tiga pengarah syarikat pada Jumaat didenda RM6,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini, masing-masing atas tiga pertuduhan mengikut Akta Syarikat 1965.

Hakim Ainul Shahrin Muhamad mendapati Nor Azami, 43, dan tiga lagi pengarah syarikat iaitu isterinya Sarina Mansor, 40, ibunya Saliah Ramli, 63, dan Abdul Rahman Baba, 63, bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Keempat-empat mereka didapati bersalah kerana gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan syarikat, gagal menyerah simpan penyata tahunan dan gagal membentangkan akaun untung rugi syarikat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di di Suite 132G, Tingkat 2, Wisma MISHAH, Jalan Raja Abdullah, di sini, pada 8 Mei 2003.

Sementara itu, syarikat berkenaan iaitu P.K.P.M Services Berhad didenda sejumlah RM7,000 terhadap dua pertuduhan kerana gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan dan gagal menyerahkan penyata tahunan syarikat itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa daripada SSM, Steve Chin Yun Cheong manakala kesemua tertuduh diwakili peguam T. Santhirahasan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan