Pengurus Kredit Hotel Le Meridien Didakwa Pecah Amanah

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pengurus kredit Hotel Le Meridien di sini, Ai'ra Abdul Aziz, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis terhadap tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan lebih RM280,000.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara memasukkan wang berjumlah RM125,190.50 dari akaun milik Hotel Le Meridien ke dalam akaunnya di Ambank.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat kewangan Le Meridien, Jalan Stesen Sentral antara 7 November 2008 dan 5 Ogos 2009.

Ai'ra, yang kini menjadi pengasuh kanak-kanak, turut menghadapi dua pertuduhan yang sama melibatkan RM110,169.25 ke dalam akaun Maybank dan RM44,805.73 ke dalam akaun Public Bank miliknya.

Ai'ra, yang tidak diwakili peguam bela, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama antara 11 Ogos 2008 dan 5 Ogos 2009 dan antara 7 November 2008 dan 31 Julai 2009.

Kesemua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya P. Viknesvaran mencadangkan RM100,000 sebagai ikat jamin dengan seorang penjamin dengan alasan amaun yang terlibat adalah besar.

Hakim S. M Komathy Suppiah membenarkan Ai'ra diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali sebulan dan menetapkan 12 Oktober untuk sebutan lantik peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan