Mahkamah Benarkan Permohonan Selangor Dapatkan Dokumen Balkis - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah Benarkan Permohonan Selangor Dapatkan Dokumen Balkis

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Khamis membenarkan permohonan kerajaan Selangor dan empat yang lain bagi mendapatkan dokumen berhubung Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Hakim Datuk Rohana Yusof, yang membuat keputusan itu dalam kamar, memerintahkan bahawa dokumen itu relevan kepada perbicaraan mengenai permohonan kerajaan Selangor, isteri Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim selaku presiden Balkis sekarang, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor yang memohon mendapatkan dokumen berhubung notis mesyuarat agung 11 Mac 2008, senarai kehadiran ke mesyuarat itu dan minit mesyuarat berkenaan.

S.Selvarajah, peguam yang mewakili kerajaan Selangor, memberitahu pemberita bahawa mahkamah bagaimanapun menolak permohonan bagi menyoal balas Pegawai Pendaftaran ROS, Tairah Yusof.

Katanya mahkamah telah menetapkan 21 Oktober untuk semakan kehakiman. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan