Bekas Graduan Rebah & Kaku Bila Dihukum Gantung Sampai Mati

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas graduan dari sebuah universiti tempatan rebah dan kaku di kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bila hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana memiliki dan mengedar kanabis seberat 1,317.7 gram.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustapha mendapati Mohammad Abdul Rahman, 29, bersalah melakukan perbuatan itu pada 3 Okt lepas di sebuah rumah di Lot 420, Kampung Tok Jamal Wakaf Mempelam, di sini.

Mohammad didakwa di bawah seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh juga didapati positif dadah jenis kanabis dalam ujian air kencing.

Mohammad yang tidak dapat menahan perasaannya kelihatan sebak dan hanya mampu melafazkan 'Allahuakbar' sebelum dibawa keluar dari mahkamah.

Pada prosiding sebelah petang tadi, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Jazamuddi Ahmad Nawawi berjaya membuktikan kesalahan yang dilakukan tertuduh tanpa sebarang keraguan munasabah.

Pihak pendakwa turut mengetepikan rayuan peguam tertuduh Mohd Ramlan Taib agar hukuman ke atas anak guamnya dikurangkan.

Beberapa orang anggota keluarga dan sahabat Mohamad yang berada di galeri awam menitiskan air mata ketika keputusan dibacakan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan