12 Majikan Di Kuantan Dikompaun RM8,000

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sebanyak 12 majikan di sini dikenakan kompaun keseluruhan RM8,000 oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang pada Khamis, setelah gagal menunaikan tanggungjawab sosial kepada pekerja mereka.

Timbalan Ketua Eksekutif Perkeso Pahang, Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata selain tidak melakukan caruman, ada majikan terbabit dikesan tidak mendaftar dengan organisasi berkenaan.

"Dalam tempoh dua jam, kami telah melakukan pemeriksaan terhadap 144 majikan dan daripada jumlah itu, sebanyak 12 majikan dikenakan kompaun iaitu 10 majikan atas kesalahan gagal daftar perusahaan dan dua lagi gagal daftar pekerja," katanya kepada pemberita selepas Ops Kesan, di sini, Khamis.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan pemeriksaan, tahap kesedaran majikan berhubung tanggungjawab sosial pekerja mereka semakin meningkat.

Beliau berkata berdasarkan peratusan ketidakpatuhan majikan dalam Ops Kesan kali ini menunjukkan pengurangan kepada 8.33 peratus berbanding 12 peratus pada dua operasi yang dijalankan sebelum ini.

Katanya, program penerangan yang dilaksanakan Perkeso yang merupakan antara langkah proaktif bagi memberi bimbingan dan penerangan kepada majikan mengenai tanggungjawab mereka dilihat memberi kesan positif. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan