Tiga Lelaki Mengaku Salah Rompak Pembantu SPA

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki menukar pengakuan dan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang pembantu spa menggunakan sebilah parang dan sebilah pedang samurai empat tahun lepas.

Mohd Affandy Ahmad, 23; Khairul Anuar Mohamad Khairan, 24; dan Mohamed Fairuz, 24; didakwa secara bersama merompak sebuah kereta jenis Perodua Kelisa milik Semorata anak Endan, 41, di luar bangunan Menara Orkid, Bandar Baru Sentul, di sini kira-kira 12.30 pagi 20 Julai, 2007.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, ketiga-tiga lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Bagaimanapun, pada akhir kes pendakwaan hari ini mereka menukar pengakuan kepada bersalah.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat menetapkan 4 Okt untuk menjatuhkan hukuman.

Mohd Affandy diwakili peguam bela Arnold Andrew, Khairul Anuar diwakili Sudesh Singh dan Mohamed Fairuz diwakili Tharamjit Singh. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan