Warga Bangladesh Dituduh Cabul Pelajar Kolej

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Isnin terhadap tuduhan mencabul seorang pelajar wanita kolej swasta, enam hari lepas. Pekerja pasar raya Md Kamruzaman Chansarif, 28, didakwa mencabul kehormatan dengan memeluk dan mencium pipi pelajar berusia 19 tahun itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan lif Tingkat 5, Kolej Segi, No. 33-35, Jalan Hang Lekiu, Dang Wangi di sini kira-kira 12.30 tengah hari, 20 September lepas.

Md Kamruzaman yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak memohon kepada mahkamah untuk diikat jamin atas alasan tiada penjamin.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menetapkan 31 Oktober untuk sebutan kes dan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor D.R Ghanthi Nathan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan