Tiada Unsur Jenayah, Kematian Ahmad Sarbaini Disebabkan Nahas: Mahkamah Koroner

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner pada Isnin memutuskan bahawa kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed tiada unsur bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga.

Koroner Aizatul Akmal Maharani dalam penghakimannya berkata pihaknya bersetuju dengan pandangan pakar terutama mengenai kecederaan yang dialami Ahmad Sarbaini. Kecederaan itu lebih membuktikan Ahmad Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan tanpa disengajakan dan kematian disebabkan nahas, kata koroner.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini 6 April lepas.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan