Rayuan Metroplex Ditolak

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan OSK Trustees Berhad sebagai pemegang amanah bagi Sunway Real Estate Investment Trust (Sunreit) iaitu pemilik sah kompleks komersial Putra Place di Kuala Lumpur.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ramly Ali, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Anantham Kasinather sebulat suara menolak dua permohonan rayuan oleh pemilik asal kompleks tersebut, Metroplex Holdings Sdn Bhd.

Hakim Ramly berkata panel tersebut mendapati semua isu yang dibangkitkan oleh Metroplex dalam prosiding rayuan telahpun ditangani oleh Mahkamah Tinggi dan mereka bersetuju sepenuhnya dengan keputusan itu.

Mahkamah mengarahkan Metroplex membayar kos guaman sebanyak RM200,000 kepada OSK Trustees Berhad dan Sunway REIT Management Sdn Bhd.

Panel tersebut menolak rayuan pertama Metroplex terhadap keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera pada 28 Jun lalu yang membenarkan saman pemula oleh OSK Trustees dan Sunway REIT untuk mengisyitharkan OSK Trustees sebagai pemilik sah hartanah itu.

Rayuan kedua, yang turut dibatalkan, adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang sama yang menolok permohonan Metroplex berkaitan penggabungan dua saman pemula.

OKS Trustees berjaya memperoleh Putra Place dalam lelongan awam pada 30 Mac tahun ini bagi pihak Sunway REIT dengan harga belian bejumlah RM513.945 juta.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan Metroplex menyerahkan Putra Place dalam tempoh 72 jam selepas perintah mahkamah.

Bagaimanapun, Metroplex mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan keputusan sementara menunggu keputusan rayuan pada Selasa.

Hartanah itu merangkumi sebuah kompleks beli-belah, The Mall, menara pejabat yang dikenali sebagai Putra Place (bermula tingkat 10 hingga 33), hotel lima bintang, The Legend (tingkat 11 hingga 21), servis apartmen (tingkat 22 hingga 34), serta 1,323 tempat meletak kereta di tingkat bawah tanah 1 dan 2 serta tingkat lima hingga lapan.

Metroplex telah menggadai tanah tersebut kepada CIMB Bank menerusi pihak ketiga bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan yang diberikan kepada syarikat itu.

Bagaimanapun, Metroplex gagal membayar pinjaman mengakibatkan prosiding perampasan tanah dilakukan di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan hartanah itu dijual menerusi lelongan awam.

Metroplex diwakili oleh peguam K.Kirubakaran dan K.Y. Leong, OSK Trustees oleh Lambert Rasaratnam dan David Lingam bagi Sunreit. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan