Pensyarah Menang Tuntutan Mengenai Keputusan Ijazah PhD

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah kanan Universiti Malaya (UM) pada Selasa, memenangi tuntutannya di mahkamah terhadap universiti itu berhubung keputusan pengajian PhD beliau. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf membenarkan permohonan G.Sivapalan mendapatkan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan UM yang menyatakan dia gagal dalam peperiksaan mendapatkan ijazah doktor falsafah.

Peguam M.Eswary, mewakili Sivapalan, memberitahu pemberita hakim berkenaan membenarkan permohonan anak guamnya itu bagi semakan kehakiman dengan kos RM7,000.

Peguam itu berkata hakim mendapati keputusan dibuat UM menerusi sepucuk surat bertarikh 24 Disember 2009 yang menyatakan Sivapalan telah gagal dalam pengajiannya untuk PhD dan pemohon tidak dibenarkan meneruskan program pengajiannya itu sebagai tidak sah.

Dalam permohonannya Sivapalan berkata dia mendaftar untuk mengikuti pengajian PhD pada 1996 dan seterusnya mengemukakan tesis bagi diperiksa pada 2006.

Sivapalan berkata dia juga seterusnya hadir untuk peperiksaan lisan dan telah membentangkan mengenai objektif, methodologi dan dapatan kepada kajilidik yang dibuatnya.

Selepas pembentangan tersebut dia diberitahu secara lisan bahawa dia lulus peperiksaan PhD berkenaan.

Sivapalan berkata sebaik sahaja pengumuman bahawa dia lulus peperiksaan, dia bertanya kepada Jabatan Sumber Manusia UM berhubung pelarasan gajinya.

Bagaimanapun pihak universiti melalui surat bertarikh 24 Disember 2009 menyatakan dia gagal dalam peperiksaan PhD dan tidak dibenarkan lagi meneruskan program pengajiannya.

Sivapalan dalam permohonan mahkamah antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan UM melalui surat itu tidak sah juga memohon mendapatkan balik segala faedah termasuk kenaikan gaji daripada tahun 2006. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan