Pengerusi Koperasi Didenda RM30,000 Mengaku Sebabkan Kerugian, Ambil Deposit

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang pengerusi koperasi didenda sejumlah RM30,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa terhadap tuduhan memindahkan wang koperasi dan menjalankan aktiviti skim perniagaan dengan mengambil deposit daripada bukan anggota koperasi tanpa kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia tiga tahun lalu.

Hakim Nu'aman Mahmud Zuhudi mengenakan hukuman itu terhadap Suliman @ Sulaiman Saidali, 49, pengerusi Koperasi Chaya Berhad, yang dituduh menyebabkan koperasi itu kerugian apabila memindahkan wang koperasi berjumlah RM772,000 ke akaun SBBS Trading serta pihak-pihak yang berkaitan dengannya di alamat 54B, Jalan Molek 2/2, Taman Molek, di sini antara Julai 2008 dan Mac 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 45(1), Akta Koperasi 1993 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 45(4) akta yang sama, yang boleh didenda tidak melebihi RM200,000, jika sabit kesalahan.

Suliman, juga dituduh menjalankan aktiviti skim perniagaan di bawah program keusahawanan dengan mengambil deposit daripada bukan anggota koperasi tanpa kelulusan SKM di nombor 26A & 28A, Jalan Kebudayaan 7, Taman Universiti, Skudai, di sini, antara Julai dan Disember 2008.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 50(e) Akta Koperasi dan Seksyen 91(1)(c) akta tersebut serta boleh dihukum di bawah Seksyen 91(2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 dan sebagai tambahan boleh didenda harian RM100 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Bagi tuduhan pertama, Hakim Nu'aman mengenakan hukuman denda RM20,000 atau penjara lapan bulan dan bagi tuduhan kedua, hukuman denda RM10,000 atau penjara enam bulan.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa daripada SKM, Kamarulzaman Mohamad Buhari dan Khairul Azmi Sahari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan