Pelakon Drama Mr Mama Setuju Selesai Hak Jagaan Anak

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon, Jasmine Mohamad Ashraff pada Selasa, dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan suaminya dalam isu tuntutan hak penjagan anak mereka yang berusia setahun tujuh bulan.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili suami Jasmine, Muhammad Darren Jibran semasa kes itu disebut dalam prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Azmi yang ditemui di luar mahkamah juga memberitahu, penyelesaian tersebut akan dikemukakan pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain yang dijadualkan pada Rabu.

Prosiding mahkamah dimulakan oleh Muhammad Darren, 30, yang merupakan seorang jurutera apabila memfailkan permohonan bagi menuntut hak jagaan terhadap Muhammad Daniel Jibran.

Dalam permohonannya, Muhammad Darren mendakwa Jasmine, 31, yang membawakan watak sebagai 'Suria' dalam drama bersiri tersebut telah menafikan haknya kepada anak tersebut.

Muhammad Darren dan Jasmine mendirikan rumah tangga pada 7 Mac 2009 dan difahamkan sedang dalam proses untuk bercerai.

Pada prosiding itu, Jasmine diwakili oleh peguam syarie Abdul Halim Bahari.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan