Mati Ketika Reman: Mahkamah Arah Bayar Ganti Rugi Setengah Juta Ringgit

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan pada Selasa mengarahkan Kerajaan, Pengarah Penjara Penor dan 10 wadar penjara membayar ganti rugi sebanyak RM590,000 kepada waris keluarga seorang remaja yang meninggal dunia ketika di dalam reman pada tahun 2004.

Hakim Mariana Yahya telah mengeluarkan perintah tersebut di dalam kamar.

Plaintif, Mohamed Yusof Mat Diah, 64, dan isterinya, Rohani Mohamed, 53, telah memfailkan saman tersebut ekoran kematian anak mereka Mohd Shukri Mohamed Yusof, ketika sedang menjalani tahanan reman di penjara berkenaan.

Mereka menamakan kerajaan, pengarah penjara dan 10 lagi staf penjara sebagai defenden.

Wadar penjara yang dinamakan sebagai defenden ialah Azhar Che Wil, Teyun Thian Em, Suhaimi Nordin, Mohamad Hamdan Mohd Yaakob, Ahmad Rizal Ab Halim, Ismail@Mat Daud Ideris, Hamdan Mohamad, Mohd Rozi Abdul Hamid, Baharin Ab Ghani dan Zamarul Hafiz Shahbudin.

Salah seorang daripada defenden berkenaan, Ismail telah pun meninggal dunia dan pihak Amanah Raya Berhad hadir bagi pihaknya untuk mendengar penghakiman.

Pihak plaintif diwakili oleh peguam G.Visvanathan Nair, G.Subramanian Nair dan Ebrina Zubir.

Manakala peguam R.S.Pani pula mewakili defenden Hamdan, Mohd Rozi, Baharin dan Zamarul Hafiz manakala Pendakwaraya Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan mewakili Teyun, Suhaimi, Mohamad Hamdan,Ahmad Rizal, Penjara Penor dan Kerajaan.

Peguam Visvanathan berkata, mahkamah telah mendapati bahawa kesemua defenden adalah bertanggungjawab di atas kematian Mohd Shukri.

Sementara itu, ibu Shukri, Rohani ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia berasa syukur dan lega akhirnya kes tersebut telah selesai.

"Yang penting keadilan telah ditegakkan...wang bukanlah segala-galanya kerana ia tidak akan menghidupkan anak saya kembali,'' ujarnya.

Dia juga berharap kejadian ini akan dijadikan iktibar oleh semua pihak agar tidak mengambil keputusan di tangan sendiri yang boleh membawa kepada kehilangan nyawa mereka yang di bawah seliaan dan jagaan mereka.

Menurut Rohani, mereka akan mengadakan majlis 'tahlil' untuk Mohd Shukri yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik.

Mohd Shukri telah ditahan reman di Penjara Penor kerana didakwa menyalahgunakan dadah tetapi ketika cuba melarikan diri dia telah berjaya ditahan semula.

Dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan tetapi meninggal dunia kemudian.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan