Kayu Kriket Diambil Di Ladang Gadong Untuk Padanan DNA

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan forensik polis memberitahu Mahkamah Tinggi pada Selasa bahawa sebatang kayu kriket diambil dari Ladang Gadong, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, untuk kegunaan padanan Deoxyribonucleic Acid atau DNA.

Supritendan Soo Me Tong, 55, ketua bahagian Kimia, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia Cheras berkata ini berikutan pasukannya menemui titisan darah dan sehelai rambut di atas kayu kriket itu ketika menjalankan siasatan di sebuah bangunan setingkat pada 12 September 2010.

"Kesan darah dan rambut itu kami serahkan kepada pegawai penyiasat ASP Ishak Yaakob dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.

Soo, saksi ke-48 pendakwaan, menyambung keterangannya pada perbicaraan kes bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Soo, dalam keterangannya pada Isnin, memberitahu mahkamah bahawa pasukannya menemui sejumlah barangan termasuk serpihan tulang, sebatang gigi, kesan darah, kayu kriket serta cebisan seluar dalam semasa menjalankan siasatan di bangunan setingkat berkenaan dan sebuah tapak di dalam kawasan ladang itu pada 12 dan 14 September 2010.

Dalam ucapan pembukaan pada permulaan perbicaraan kes sebelum ini, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka akan mengemukakan saksi yang akan memberi keterangan mengenai penemuan DNA milik seorang daripada mangsa iaitu Noorhisham pada kayu kriket.

Peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan turut membangkitkan mengenai penemuan kayu kriket itu ketika menyoal balas Soo.

"Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin semasa mengadakan sidang akhbar berhubung kes pembunuhan ini (pada tahun lepas) memberitahu pihak media bahawa kayu kriket berkenaan ditemui di Sungai Panchau, Banting," kata Manjeet.

"Ia adalah maklumat salah yang diberikan kepada Bakri," kata Soo. Menjawab soalan lain dikemukakan oleh Manjeet Singh, pegawai polis itu berkata beliau tidak tahu perbezaan antara rangka manusia dengan rangka haiwan seperti lembu, kambing dan anjing.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Manjeet apabila serpihan tulang yang ditemui di tapak itu dibersihkan, ia akan menghilangkan sebahagian bukti forensik di atas tulang berkenaan.

"Kita cari barang kes di tapak yang bercampur dengan kotoran dan najis kambing, justeru kami perlu basuh (barang kes) supaya doktor boleh buat pengesahan sama ada ia tulang," katanya.

Ketika disoal peguam Amer Hamzah Arshad berhubung siasatan pasukan forensik polis lain di ladang itu yang turut menggunakan bantuan unit anjing pengesan pada 9 September 2010, Soo berkata beliau tidak mengetahui perkara itu.

Soo berkata beliau juga tidak dimaklumkan sama ada unit anjing pengesan mengesan tulang atau mayat atau cebisan mayat.

Ketika disoal Amer Hamzah mengenai penemuan kesan darah, Soo menjawab beliau tidak boleh mengenal pasti sama ada ia adalah darah manusia atau haiwan.

Perbicaraan masuk hari ke-36 di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan