Pelajar IPTA Dituduh Bunuh Kekasih

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Perak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas tuduhan membunuh kekasihnya, awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Khairi Nor Aziz, 19, yang memakai baju t-shirt bewarna coklat dan berkopiah, bagaimanapun dia mengaku faham akan pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa membunuh Nurul Awathif Mohd Shakir, 19, yang merupakan seorang pelajar di Maahad Tahfiz Al-Tijarah di Selayang, dekay sini pada antara pukul 9 malam, 4 September dan 2.15 pagi, 5 September 2011.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah nombor B-119, Pangsapuri Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, di sini.

Bagi kesalahan itu, Mohd Khairi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan diberikan kepada Mohd Khairi dan Majistret Wan Karimah Wan Mohd Abd Ghani menetapkan sebutan semula kes pada 8 November depan untuk tertuduh melantik peguam dan laporan bedah siasat.

Pada 6 September lalu, media melaporkan penemuan mayat remaja dalam keadaan terbakar sehingga 80 peratus di Jalan Bukit Belacan, di sini sebagai seorang pelajar sebuah kolej swasta di Selayang.

Mangsa yang kemudiannya disahkan sebagai Nurul Awathif dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas tidak pulang ke rumah setelah keluar pada pukul 8.30 malam, 4 September lalu.

Pada 13 September lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan penahanan seorang penuntut tahun dua kursus Sarjana Muda Ukur Bahan di IPTA di Seri Iskandar, Perak berkaitan pembunuhan tersebut.

Remaja tersebut dipercayai teman lelaki mangsa dan polis turut menemui telefon bimbit dipercayai milik mangsa dan sebuah kereta Perodua Kancil, yang difahamkan digunakan untuk membeli minyak petrol.

Suspek berkenaan juga dikatakan cuba memperkosa mangsa yang difahamkan enggan menyambung kembali percintaan mereka seperti yang diminta lelaki berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan