Kematian Ahmad Sarbaini Akibat Nahas, Tiada Unsur Jenayah - Koroner

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner pada Isnin memutuskan bahawa kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed tiada unsur bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga.

Koroner Aizatul Akmal Maharani dalam penghakimannya berkata pihaknya bersetuju dengan pandangan pakar terutama mengenai kecederaan yang dialami Ahmad Sarbaini. Kecederaan itu lebih membuktikan Ahmad Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan tanpa disengajakan dan kematian disebabkan nahas, kata koroner.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini 6 April lepas.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan