Saman: Bekas CEO Timbang Selesai Luar Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) P.Chithirakala sedang menimbang kemungkinan menyelesaikan saman fitnahnya terhadap bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dan dua yang lain di luar mahkamah, kata peguamnya Prakash Lachimanan.

Katanya beliau akan menemui Chitirakala minggu depan untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

Beliau juga berkata Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggu Ahmad Khairul Farhi Yusob pada Jumaat menetapkan 21 Okt ini untuk pengurusan kes berkenaan.

Pada 4 Nov 2009, Chitirakala dan suaminya K.Vasu, seorang ahli perniagaan, memfailkan saman terhadap Samy Vellu, isterinya Datin Seri R.Indrani, dan akhbar harian, Tamil Nesan, antara lainnya kerana mendakwa Samy Vellu mengeluarkan kata-kata fitnah mengenai insurans MIED seperti yang dilaporkan oleh tiga akhbar Tamil termasuk Tamil Nesan, yang seolah-olah bermaksud Chitirakala dan suaminya berpakat untuk menipu masyrakat India dan MIED yang merupakan cabang pendidikan MIC.

Dalam saman terhadap Indrani pula, Chithirakala mendakwa isteri Samy Vellu itu memfitnah beliau dalam satu temubual dengan sebuah portal berita. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan