Isu MIED Mungkin Selesai Luar Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) P.Chithirakala sedang menimbang kemungkinan menyelesaikan saman fitnahnya terhadap bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan dua yang lain di luar mahkamah, kata peguamnya Prakash Lachimanan.

Beliau akan menemui Chitirakala minggu depan untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

Peguam itu juga berkata, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggu Ahmad Khairul Farhi Yusob hari ini menetapkan 21 Okt ini untuk pengurusan kes berkenaan.

Pada 4 November 2009, Chitirakala dan suaminya K.Vasu, seorang ahli perniagaan, memfailkan saman terhadap Samy Vellu, isterinya Datin Seri R.Indrani, dan akhbar harian, Tamil Nesan, antara lainnya kerana mendakwa Samy Vellu mengeluarkan kata-kata fitnah mengenai insurans MIED seperti yang dilaporkan oleh tiga akhbar Tamil termasuk Tamil Nesan.

Kata-kata itu seolah-olah bermaksud Chitirakala dan suaminya berpakat untuk menipu masyarakat India dan MIED yang merupakan cabang pendidikan MIC.

Dalam saman terhadap Indrani pula, Chithirakala mendakwa isteri Samy Vellu itu memfitnah beliau dalam satu temubual dengan sebuah portal berita. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan