Ditemui Dalam Perhimpunan Hindraf, Pengawal Keselamatan Hukum Penjara, Denda

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, memerintahkan seorang pengawal keselamatan menjalani hukuman penjara selama 14 hari selepas didapati bersalah berada di dalam perhimpunan haram anjuran Hindu Rights Action Force (Hindraf), empat tahun lalu.

Hakim Mohamad Sakeri Mamat juga memerintahkan supaya M. Murugan, 47, menjelaskan hukuman denda RM2,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama 30 hari, jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Bagaimanapun, Mohamad Sakeri membenarkan rayuan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman kerana berhasrat untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Murugan didakwa berada dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang di tempat awam, iaitu di persimpangan lampu isyarat Jalan Ampang, di sini pada antara pukul 7 dan 9 pagi, 25 November 2007.

Bagi kesalahan itu, bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan menyaksikan 20 saksi pendakwaan memberi keterangan manakala Murugan yang membela diri dengan memberikan keterangan bersumpah mengemukakan dua saksi untuk menyokong pembelaannya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan