Bekas Eksekutif Proton Dipenjara & Denda Kerana Rasuah - Berita Mahkamah | mStar

Bekas Eksekutif Proton Dipenjara & Denda Kerana Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif pembelian Proton dipenjara enam bulan dan didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan menerima rasuah membabitkan RM3,028.27 daripada seorang pemilik syarikat enam tahun lepas.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu terhadap Fahmy Ameer Mohd Raf, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu.

Bagi setiap pertuduhan, Ahmad Zamzani menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau, penjara enam bulan jika gagal membayar denda, dan memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak.

Mengikut semua pertuduhan itu, Fahmy Ameer menerima nilai sama RM432.61 antara 12 September 2005 dan 15 Jun 2006 untuk bayaran ansuran keretanya daripada pemilik Syarikat Enrich Ford Sdn Bhd, Mohd Sharid Md Salleh.

Bayaran itu sebagai balasan supaya tidak menghalang syarikat itu mendapatkan kerja daripada Proton. Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 5, Wisma Nusantara, Jalan Puncak, Off Jalan P.Ramlee di sini.

Terdahulu, peguam Shahrul Nizam Azwir mewakili Fahmy Ameer, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kepada anak guamnya kerana tertuduh merupakan pesalah pertama dan menyara isteri serta dua anaknya masing-masing berusia enam tahun dan lapan bulan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azuan Adzhar. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan