Setiausaha Agung BN Berjaya Batal Saman RM218 Juta

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis membatalkan saman sebuah syarikat pembekal bahan-bahan pilihan raya terhadap Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dua lagi berjumlah RM218 juta.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof turut memerintahkan Elegant Advisory Sdn Bhd membayar kos RM1,500 kepada Tengku Adnan serta dua lagi defendan iaitu Bendahari Agung BN Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan pegawai awam BN.

Datuk Mohd Hafarizam Harun, peguam yang mewakili kesemua defendan, memberitahu pemberita bahawa Mohamad Ariff membuat keputusan itu di dalam kamar dan memutuskan tiada sebarang kos yang wajar dipertimbangkan kerana saman itu difailkan selepas enam tahun.

Katanya pihak plaintif juga telah menyalah guna proses mahkamah kerana terdapat dua saman berkaitan barangan dan produk yang sama.

Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan saman pada 17 Feb lalu selepas saman awal pada 2009 ditolak apabila Umno berjaya mengetepikan saman dengan alasan bahawa plaintif tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Dalam writ samannya, Elegant Advisory, yang terbabit dengan kegiatan membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan, berkata pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004, ia membekalkan BN dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.

Syarikat itu mendakwa telah menghantar invois RM218,013,475 namun defendan gagal membayarnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan