Nelayan Pengerang Saman Syarikat Kapal

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seramai 264 nelayan dari Pengerang pada Khamis memfailkan saman terhadap syarikat perkapalan, AET Tanker Holdings Sdn Bhd, berikutan kerugian yang mereka hadapi disebabkan tumpahan minyak di perairan Pengerang pada 25 Mei tahun lepas.

Saman yang nilainya belum ditetapkan itu difailkan menerusi peguam T. Rajasekaran dari T. Raja & Co di Mahkamah Tinggi Sivil di Menara Cyberport di sini.

"Jumlah saman akan ditaksirkan oleh mahkamah tetapi kerugian selama empat bulan yang dialami oleh nelayan tersebut berjumlah RM11 juta," katanya Rajasekaran ketika ditemui pemberita.

Saman difailkan mengikut Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) 1994.

Tumpahan sebanyak 2,500 tan metrik minyak itu berlaku apabila kapal tangki MT Bunga Kelana 3 berlanggar dengan kapal kargo MV Waily, empat batu nautika ke barat daya Tanjung Stapa, Pengerang, Kota Tinggi pada 6.05 pagi.

Akibat pencemaran itu, nelayan mendakwa mereka hilang pendapatan kerana jumlah tangkapan ikan telah merosot dan mereka juga mengalami kerosakan peralatan menangkap ikan.

Nelayan yang terjejas adalah dari Kampung Pengerang, Kampung Jawa, Kampung Teluk Empang, Kampung Sungai Kapal, Kampung Sungai Buntu, Kampung Sungai Rengit, Kampung Teluk Ramunia dan Kampung Langkah Baik.

Sebelum ini rundingan telah diadakan antara Jabatan Perikanan dan AET Tanker mengenai bayaran ganti rugi kepada nelayan tetapi syarikat itu hanya bersetuju membayar kerugian selama lima hari yang ditanggung nelayan.

Seramai enam wakil nelayan hadir semasa saman itu difailkan di mahkamah hari ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan