Dana Projek Pilihan Raya: Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Negara

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Khamis menolak permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menangguhkan perintah membolehkan Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar mencabar penolakan permohonan mendapatkan dana projek di kawasan pilihan rayanya.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim membuat keputusan itu di kamar.

Jeyakumar diwakili peguam B.Mahaletchumi manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak Jabatan Peguam Negara.

Shamsul memberitahu pemberita bahawa hakim mendapati tidak terdapat keadaan yang membenarkan penangguhan perintah berkenaan.

Pada 25 Februari lepas, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Jeyakumar bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk mencabar penolakan permohonan beliau mendapatkan dana kerajaan.

Mahkamah menetapkan 12 Oktober ini untuk perbicaraan terhadap semakan kehakiman tersebut.

Dalam permohonannya, Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia, menamakan Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Jabatan Pembangunan Perak dan kerajaan sebagai responden.

Jabatan Peguam Negara mewakili pihak responden memfailkan permohonan mendapatkan penangguhan perintah diperoleh Jeyakumar itu sementara menunggu keputusan rayuan jabatan tersebut. Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan keputusan penghakimannya setelah mendengar hujah kedua-dua pihak.

Anggota Parlimen berkenaan mengambil tindakan undang-undang selepas permohonannya mendapatkan dana untuk sumbangan kepada SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah Anak Yatim Ihsan serta dana bagi projek kecil faedah Orang Asli, ditolak oleh pengarah berkenaan melalui sepucuk surat bertarikh 12 Oktober tahun lepas. Jeyakumar berkata permohonannya mendapatkan dana seharusnya diluluskan kerana projek-projek berkenaan sepatutnya menerima wang daripada peruntukan khas yang sememangnya untuk tujuan sedemikian.

Beliau mendakwa besar kemungkinan pihak responden menggunakan budi bicaranya meluluskan dana daripada peruntukan tersebut secara berat sebelah memihak kepada Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional yang memerintah dan tidak kepada Anggota Parlimen pihak pembangkang.

Jeyakumar menuntut antara lain perisytiharan bahawa peruntukan khas itu diberi kepada semua Anggota Parlimen secara sama rata, mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga memohon perintah mandamus agar mahkamah mengarahkan supaya pihak responden menerangkan kuasa mereka dalam meluluskan dana daripada peruntukan khas itu dan menyatakan prosedur pemberian peruntukan sejak 2008. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan