Isu Mat Indera: Mat Sabu Mengaku Tidak Bersalah

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas dakwaan membuat tohmahan yang memburukkkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, 21 Ogos lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Mohamad dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM15,000.

Terdahulu, Mat Sabu ditahan oleh polis Pulau Pinang setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang Selasa untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong sebelum dibebaskan malam Selasa.

Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

Mat Sabu dilihat tiba di perkarangan IPK polis negeri pada pukul 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian selepas percakapannya dirakam.

Pemimpin PAS itu akan didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang dibaca mengikut Seksyen 499 kanun yang sama.

Polis Pulau Pinang menerima 1,013 laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Mat Sabu, termasuk oleh anggota keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas, Mat Sabu menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 adalah wira sebenar dan bukan 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi internet dan mendapat liputan akhbar, yang mengakibatkan ratusan laporan polis dibuat terhadapnya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan