Konstabel Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Tembak Isteri

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang konstabel polis pada Selasa diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menembak isterinya tahun lalu.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membuat keputusan itu terhadap T. Ravindran,31, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

"Saksi keenam pendakwaan yang juga mangsa kes itu G. Prema, 25, dalam keterangannya berkata tertuduh datang ke rumahya pada 2 Mac 2010 untuk berbincang mengenai status hubungan mereka bersama bapanya iaitu A. Ganason yang merupakan saksi ketujuh.

"Saksi keenam itu kemudiannya masuk ke bilik untuk mengambil barang-barang kemas untuk memulangkannya kepada Ravindran, yang mana tertuduh turut mengekori mangsa masuk ke bilik, " katanya.

Mohamad Sekeri berkata, tertuduh kemudian masuk ke bilik mangsa, menolak mangsa hingga menyebabkan mangsa jatuh dan tertuduh terus menembak isterinya.

"Berdasarkan keterangan mangsa yang cedera akibat tembakan itu serta di sokong oleh keterangan bapa mangsa serta saksi kelapan iaitu abang mangsa G. Davendran, didapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan tertuduh dipanggil untuk membela diri, " kata Mohamad Sekeri.

Ravindran didakwa menembak Prema menggunakan sepucuk revolver .38 Smith & Wesson yang boleh mengakibatkan kematian mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Blok D-10-09, Program Perumahan Rakyat Kerinchi, Pantai Dalam, Brickfields, 9.40 malam pada 2 Mac tahun lalu.

Ravindran dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan