2 Beradik Warga Indonesia Terlepas Pertuduhan Membunuh

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua orang adik-beradik warga Indonesia hari ini terlepas daripada hukuman gantung sampai mati setelah Mahkamah Tinggi di sini membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh rakan senegaranya pada 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap Laingke Ronda dan adiknya Laaihu Ronda, 36, kedua-dua pekerja buruh.

Sehubungan itu, Zamani mengarahkan mereka dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Namun kegembiraan adik-beradik itu tidak berpanjangan kerana mereka ditahan semula selepas didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Mereka didakwa dengan niat yang sama telah membunuh Jumadi Wahyudi yang juga warga Indonesia di alamat No. E-5-08, Jalan Pelangi 2, Taman Pelangi, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah pada 24 Nov 2009, antara 1 pagi dan 5 pagi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Dalam penghakimannya, Zamani berkata selepas mendengar keterangan pihak pendakwaan pada tahap maksimum seperti yang dinyatakan dalam hujah bertulis, mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Mahkamah juga mendapati dua saksi penting dalam kes ini tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan," katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Guat Cheng manakala peguam Jag Jit Singh mewakili Laingke dan Laaihu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan