Permohonan Bersih 2.0 Diketahui 28 September

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemohonan 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang berhasrat mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan perintah yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram akan diketahui pada 28 September ini.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu pada Isnin, selepas mendengar hujahan-hujahan oleh peguam yang mewakili Bersih 2.0 dan juga Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Jabatan Peguam Negara yang mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan tersebut.

Permohonan itu difailkan oleh 14 AJK Bersih 2.0 yang diketuai oleh pengerusinya, Datuk S. Ambiga pada 8 Julai lalu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri selaku responden pertama diikuti oleh Ketua Polis Negara dan Kerajaan.

Mereka memohon perintah certiorari bagi membatalkan pengisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai lalu yang mengisytiharkan gerakan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuatkuasa serta merta.

Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.

Selain itu, AJK terbabit juga memohon perintah mandamus yang mengarahkan Menteri Dalam Negeri dan KPN untuk memulangkan semula baju-t, pelekat, surat khabar, sepanduk dan apa-apa dokumen lain atau objek kepunyaan mereka yang dirampas.

Pada prosiding itu, peguam Tommy Thomas yang mewakili AJK Bersih 2.0 menghujahkan bahawa Menteri Dalam Negeri selaku responden pertama tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah mengatakan gerakan itu haram kerana ia tidak termasuk dalam definasi yang ditakrifkan sebagai satu pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Tambahnya, gabungan-gabungan pertubuhan yang membentuk Bersih 2.0 termasuk anggota gerakan tersebut tidak termasuk dalam definisi sebagai 'individu' yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2, akta yang sama.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md Said pula mencabar kredibiliti afidavit sokongan yang difailkan oleh Ambiga selaku wakil kepada semua AJK terbabit memandangkan tiada sebarang surat kuasa dikeluarkan bagi membuktikan semua pemohon telah memberikan kebenaran untuk wanita tersebut mewakili mereka.

"Ambiga mengatakan beliau diberi kuasa, tetapi dimana surat kuasa untuk mewakili mereka? Siapa mereka ini? Afidavit sokongan itu juga cacat kerana tidak menyatakan butiran tempat tinggal, pekerjaan mahupun deskripsi tentang pemohon-pemohon yang lain," tambahnya.

Beliau seterusnya menegaskan, Ambiga tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memulakan tindakan tersebut dan menyifatkan wanita terbabit yang merupakan seorang peguam telah menyibuk dengan memfailkan satu permohonan yang mahu mencabar perintah seorang menteri.

"Gerakan Bersih 2.0 adalah satu gerakan yang menyalahi undang-undang dan menteri terbabit mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah berkenaan," kata Kamaludin yang memohon agar mahkamah menolak permohonan AJK terbabit.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan