Pemergian AminulRasyid Masih Dirasai

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kematian pelajar, AminulRasyid Amzah yang ditembak oleh seorang anggota polis tahun lalu, masih dirasai oleh ibunya yang hanya mampu melepaskan rindu dengan berkunjung ke padang bola tempat arwah sering menghabiskan masa bersama rakan-rakannya.

Selain itu, Norsiah Mohammad, 62, juga akan mengubat kerinduan di sebuah restoran mamak yang menjadi pilihan arwah dan kehadirannya di situ yang terlalu kerap menyebabkan dia dikenali oleh pekerja-pekerja di restoran berkenaan.

"Apabila saya ke situ, pekerja-pekerja akan bertanyakan jika saya rindukan arwah. Jika ke padang bola, kawan-kawannya akan berhenti daripada bermain bola untuk berbual-bual dengan saya," katanya.

Perasaan rindu yang mendalam juga menyebabkan kelibat wanita itu boleh diperhatikan di sebatang pokok di simpang masuk ke rumahnya yang dilanggar oleh AminulRasyid selepas kereta yang dipandunya gagal dikawal.

Malah, kali terakhir Norsiah ke pokok itu juga adalah pada Rabu, iaitu sehari sebelum Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Koperal Jenain Subi, 49, yang disabitkan bersalah menyebabkan kematian AminulRasyid.

Jenain didakwa melakukan kesalahan itu pada antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Pada prosiding mahkamah, Norsiah yang hadir bersama ahli keluarganya turut menunjukkan tiga keping gambar arwah, yang merupakan anak bongsunya yang sangat aktif dalam bidang sukan terutamanya bola sepak dan ragbi.

"Saya juga sempat berjumpa dengan Dr Lo' Lo' (Ahli Parlimen Titiwangsa) sebelum beliau meninggal dunia dan beliau memberikan saya sebuah buku zikir yang dapat menenangkan hati saya apabila diamalkan," katanya yang kerap menghabiskan masa dengan cucu-cucunya untuk menghilangkan rasa sunyi.

Norsiah juga menghormati keputusan mahkamah kerana baginya, apa yang lebih penting adalah untuk membersihkan nama anaknya yang dilabel sebagai penjenayah.

"Saya juga minta polis yang melabel anak saya sebagai penjenayah untuk membersihkan semula namanya," katanya dan menambah, akan berbincang dengan ahli keluarga yang lain sekiranya mahu mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, peguam N. Surendran berkata, sehingga kini tiada sebarang penjelasan yang dapat menyokong tuduhan bahawa AminulRasyid ada membuat percubaan untuk melanggar kereta peronda polis.

"Apa yang lebih menyakitkan hati keluarga AminulRasyid adalah apabila dia dikatakan seorang penjenayah. Tidak ada sebarang permohonan maaf yang dibuat kepada keluarganya," katanya.

Surendran juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan dilakukan untuk menyiasat dakwaan rakan AminulRasyid, Mohammad Azzamuddin Omar yang mendakwa dirinya telah diserang oleh polis dalam kejadian tersebut sebelum dapat melarikan diri.

"Masih banyak perkara yang masih belum selesai," tambah Surendran.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan