Ketua Hakim Negara Yang Baru Angkat Sumpah

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Arifin Zakaria pada Rabu mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baru menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang bersara wajib pada 9 September lepas.

Arifin menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Selain Arifin, Tan Sri Md Raus Sharif turut mengangkat sumpah dan menerima surat cara pelantikan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula dikurniakan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan