Isu Gereja: Umno Selangor Saman Mustafa Ali, Harakah RM10 Juta

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: UMNO Selangor pada Rabu, memfailkan saman fitnah bernilai RM10 juta terhadap tiga pemimpin Pas termasuk Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berhubung penerbitan artikel berkaitan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang disiarkan di akhbar parti tersebut.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, menerusi peguam-peguam Datuk Hafarizam Harun dan Abu Bakar Isa Ramat daripada Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak.

Selain Mustafa, Mohd Zin selaku plaintif juga menamakan pemimpin tertinggi Pas, iaitu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Muhammad Sabu sebagai defendan diikuti Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd yang merupakan pencetak kepada akhbar milik parti tersebut, Harakah.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah penyunting Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan akhbar terbabit, Khairul Azlam Mohamad yang bertanggungjawab menulis berita bertajuk 'Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS' yang disiarkan dalam edisi bertarikh 19 hingga 21 Ogos lalu.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Mustafa yang merupakan defendan pertama telah mengeluarkan kenyataan yang memfitnah wadah dan perjuangan politik plaintif semasa ditemuramah oleh Khairul Azlam (defendan keenam) pada 15 Ogos lalu dengan mengetahui bahawa kenyataan itu akan disiarkan di dalam Harakah.

Dakwa plaintif, kenyataan tersebut membawa maksud bahawa Umno memainkan peranan penting dalam serbuan tersebut dan seolah-olah 'mengawal pentadbiran' JAIS yang merupakan agensi kerajaan di bawah kawalan Kerajaan Negeri Selangor.

Seterusnya, plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh defendan pertama juga membawa maksud Umno mengamalkan dasar politik yang kotor dan sempit serta boleh mengarah-arahkan mana-mana agensi kerajaan, pegawai atau agensi untuk membuat sesuatu tindakan atau keputusan atas arahan pihak luar dan membelakangkan undang-undang dan peraturan agensi terbabit.

Plaintif juga mendakwa, kenyataan itu boleh membawa maksud bahawa plaitif telah terlibat dalam rasuah salah guna kuasa, tidak boleh dipercayai, dalang dalam mencetuskan ketegangan antara Islam dengan bukan Islam serta JAIS adalah kuda tunggangan plaitif dalam mencapai objektif tersebut.

Oleh itu, plaintif mendakwa penerbitan kata-kata fiitnah tersebut telah menyebabkan merosakkan reputasi mereka dan membawa kehinaan dan keaiban yang akan berlangsung selama bertahun-tahun kerana penerbitan dan pengedaran Harakah yang meluas.

Dakwa plaintif lagi, defendan pertama juga tidak mengendahkan dan mengabaikan surat plaintif bertarikh 25 Ogos lalu yang menuntut permohonan maaf tanpa bersyarat dan pampasan sebanyak RM10 juta kepada plaintif.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi RM10 juta daripada setiap defendan termasuk ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan , faedah pada kadar 4 peratus setahun yang mula dibayar dari tarikh keputusan sehingga pembayaran penuh serta perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama atau ejennya untuk meneruskan kenyataan fitnah tersebut,

Plainti juga menuntut defendan pertama untuk menerbitkan permohonan maaf secara bertulis yang diterbitkan di surat khabar dan majalah dalam istilah yang ditetapkan oleh plaintif serta defendan dimohon untuk menjelaskan kos mahkamah.

Sementara itu, Hafarizam ketika ditemui memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa mahkamah menetapkan 28 September ini sebagai pengurusan saman tersebut.

Pada 3 Ogos lalu, JAIS membuat serbuan ke atas gereja terbabit selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam yang menghadiri majlis yang diadakan di situ.

Media melaporkan, serbuan yang diadakan pada pukul 9 malam, juga mendapati seseorang sedang berucap dengan menyelitkan perkataan Al-Quran dan terdapat percubaan untuk memurtadkan umat Islam.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan